Khamis, Mei 27, 2010

Sabtu, Mac 06, 2010

KEPUTUSAN UPPM 1 2010

AHMAD AMIRUL AZHAN BIN RAMLAN 72 B
AHMAD 'AMMAR BIN ZAINUDDIN 76 B
AHMAD IZZUL FIKRI BIN AHMAD NIZAM 66 B
AL-MUKMIN ZARIF BIN MD. ARIFIN 66 B
HARITH BAJRAI BIN ABUD 60 B
MOHAMAD NUR HADI BIN MOHD. RAZIF 46 C
MUHAMAD NUR SHAZWAN BIN JAMZURI 58 C
MUHAMAD MUAZ ZUBAIR BIN HIZRAL ASHRAQ 62 B
MUHAMAD ZAIFUL IKHMAL BIN SAIFUZZAMAN 60 B
MUHAMMAD HIDAYAT DINIE BIN HISHAM 60 B
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ASRI 78 B
MUHAMMAD LUTFIL HADI BIN MASROM 36 D
MUHAMMAD SYAFIQ AMAR BIN RAHMAT 70 B
MUHAMMAD SYAHMI BIN SULIMAN 62 B
MUHAMMAD THAQIF BIN RAMLAN 44 C
MUHAMMAD ZULFAIZ BIN ZULKARNAIN 46 C
MUHAMMAD REDHAUDDIN BIN MOHD. NIZAM 72 B
SYED MUHD HUSAIN BIN SYED 82 A
AINUL MARDHIAH BINTI ZULKIPLI 68 B
ANA FATHIN AMIRAH BINTI FADZILAH 38 D
MAS AMALIA BINTI ZULKIFLI 50 C
NAJIBAH HUDA BINTI HJ. TULOS 66 B
NAZEEHA BINTI MUSI 40 C
NOR IZZATY NABIHAH BINTI KAMARUZAMAN 46 C
NUR AMIRAH ADILAH BINTI ZUL HALIM 54 C
NUR DZAFIRAH BINTI FAUZI 62 B
NUR FARHANA BINTI MOHD. AZLAN 54 C
NUR FATIHAH NAJWA BINTI HAMSAN 54 C
NUR LIANA BINTI AFANDI 60 B
NUR SHAHIRAH BINTI MD. KOSNAN 64 B
NUR SYUHADAH BINTI MHD. SALLEH 72 B
NUR NABYLLAH NADYRAH BINTI HOSMORO 50 C
NURUL HANISAH NAJWA BINTI A. HALIM 52 C
NURUL HUDA BINTI FIRMAN 58 C
NURUL NADHIRAH BINTI MAHZAM 42 C
NURUL NAZIFAH BINTI NASARULLAH 62 B
NURUL SUFIAH BINTI ZAHARUDDIN 46 C
REDHA SYAFIQAH BINTI AHMAD MALIKI 70 B
SHAIDA AISYA SOFEA BINTI SAIFEINI 62 B
SITI SARAH BINTI RAOF 74 B

Ahad, Februari 14, 2010

Kasih Sayang Allah

Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:


" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."


Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...

FIKIR-FIKIRKANLAH BERSAMA

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”

”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."

"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Al Quran. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini, sedarlah saudara saudaraku... mari bersama membimbing anak generasi kita...

Wallahu wa'lam...

Ahad, Januari 31, 2010

WASIAT LUQMAN AL-HAKIM

Wahai anakku,sesungguhnya dunia ini ibarat lautan dalam,ramai manusia yang tenggelam di dalamnya.Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu,iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya.Semoga engkau memperolehi kejayaan.

Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya sendiri,maka ALLAH menjadi penjaga baginya.

Sesiapa yang bersifat adil terhadap dirinya sendiri,maka ALLAH menambahkan kemuliaannya.

Kepayahan dan kesusahan dalam ketaatan adalah lebih dekat (kepada ALLAH) daripada kesenangan dan kemewahan dalam kemaksiatan.

Wahai anakku,berwaspadalah dengan hutang kerana ia merupakan kehinaan di siang hari dan kedukaan pada malamnya.

Wahai anakku,berharaplah kepada ALLAH dengan pengharapan yang tidak menghumbangkanmu ke lembah penderhakaan terhadap-Nya, dan takutlah kepada ALLAH dengan ketakutan yang tidak mengecewakanmu daripada rahmat-Nya.

Tiada manfaat pembelajaranmu sehingga kamu beramal dengan apa yang kamu pelajarai.Apabila kamu tidak beramal dengan apa yang telah ketahui, umpama seorang pergi mencari kayu api lalu pulang seberkas kayu.Ia akan terus memikulnya sehinggalah ia tidak berupaya.Ia terus menambah seberkas kayu yang lain untuk dipikul meskipun ia tidak mampu.

RIWAYAT HADIS

CERMIN DIRI
Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi s.a.w.bersabda:"Seorang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain. Dan seorang Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain"
( Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari)

ORANG-ORANG MUKMIN UMPAMA SATU BINAAN
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a.Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


ORANG-ORANG MUKMIN IBARAT SATU JASAD
Daripada Nu'man bin Basyir r.a. Nabi s.a.w bersabda:"Kemesraan,kasih sayang,dan saling berbelas kasihan antara orang Mukmin diibaratkan seperti satu jasad;apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

MENGHGORMATI SAUDARA
Daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi s.a.w bersabda:"Seorang Mukmin yang lain,ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

BERBUAT BAIK KEPADA YANG LAIN
Darpada Abu Hurairan r.a.,Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah ALLAH akan menyenangkannya di dunia dan di akhirat.Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim ALLAH akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat.Dan ALLAH akan menolong seorang hamba selagi mana ia berusaha untuk menolong saudaranya."
(Riwayat Muslim)

My Blog List

Flickr

Kalendar Hijrah

Ramalan Cuaca

Cari Blog Ini